Kesan Pneumonia pada bayi

Berikutan entri saya sebelum ni berkenaan anak sendiri terkena jangkitan kuman pada paru-paru atau senang sebut pnemonia, hari ni saya nak share serba sedikit kesannya pada bayi saya ni.

Sebelum keluar ward tu hari pihak HSI membekalkan anak saya dengan 3 botol antibiotik yang kena bancuh sendiri. Gambar tak sempat pula saya nak snap sebab dah habis and dah buang da pon botolnya. Antibiotik tu kena habiskan dalam masa 5 hari sahaja dan kena ikutlah sukatan. Berikutan pengambilan antibiotik agaknya, anak saya cirit birit 7-9 kali membuang air besar. Yang peliknya kesan tu terjadi selepas pengambilan antibiotik botol yang ke 2. pelik kan.

Disebabkan rasa ingin tau dan bercampur risau saya bawak sekali lagi anak ke HSI kalau tak silap masa tu dah hari ke 3 keluar wad. Anak saya aktif walaupun dah cirit sampai 7-9 kali dan dah 2 hari tau keadaan tu berterusan.
Pelik, sebab doktor cakap tak ada kaitan dengan antibiotik. So, apa penyebabnya?
Tapi hati seorang ibu kuat mengatakan ia adalah disebabkan antibiotik juga... Hehehe walaupun doc tu cakap bukan pon. 😉😉😉😉

Cian abi dia balik keja kena teman gi HSI plak


In case cirit macam anak saya ni kena tau stool dia bentuk macam mana. Kalau berbentuk cair memang kena buat pemeriksaan lanjut tapi Alhamdulillah anak saya nyer stool berbentuk pepejal so memang tak risau la. Lagipon dia tak muntah so confirmlah bukan keracunan atau salah makanan or minuman.

Kesian budak ni, badan susut sejak kena warded tu hari. Ni baru nak naik balik berat badan dia ni. 
Semoga kesihatan kamu terjaga anak ku selepas ni. Takot la nak menghadapi situasi macam ni lagi. Selepas pneumonia cirit plak. Mau tak beruam bontot tu....


0