Makanan sihat di rumah



Assalamualaikum dan berpagi-pagian kita frens.
Celik mata saja harini dah terpikir untuk buat bone broth untuk Aisy. Eh,lupa hari ni hari apa? Hari ahad itu hari baru buat bone broth ni buat lagi, sebab ramai pakar yang syorkan bagi anak- anak makan. Lagipun senang nak sediakan.

Ini cara saya,tapi tersangatlah simple.
Bahan utama mestilah tulang kan. Kali ni saya guna tulang lembu yang beli itu hari kat kip mat masai,setengah kg rm7. Banyak juga setengah kilo tu.



Abaikan lobak dgn sayur yang macam pokok tu. hehehe. itu nak goreng bukan campir dengan sup

Daging defrost > rebus dengan api yang kecil bersama lemon> lebih kurang dalam 3 jam lebih masukkan bawang putih,bawang merah dan halia yang sudah ditumbuk> settle> Selepas matikan api masukkan garam dan perasa sikit jak dan gaul------> dah boleh makan




Garam yang ada kat rumah ni himalaya. Terlampau simple resepi ni sebab daun bawang/ celery pon xda, rencah sup pon xda...hahahha. Jnji berkhasiat jugak kan.

Bidak tu bangun nanti boleh makan dengan sayur kegemaran dia brokoli @ pokok katanya campur carrot.

Lepas tu baru boleh makan vitamin gigit2 dia tuh, omegaguard. Harap-harap ashma tak menyerang dia lagi. Sejak makan omehgaguard ni dah tak ambil neb lagi. Minta- minta lah ashma terus takkan serang dia sampai bila- bila... aminnnnn

Ok guys,cau cincau lahhh..
Jumpa lagi ya di post akan datang...ok,baiii
0