MENGAWAL ASHMA PADA BUDAK

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.
Alkisah semalam 21 feb 2016 hamba bawak anak yang sulung ni pergi jumpa pakar kanak- kanak di HSI. Setiap 3 bulan sekali nak kena jumpa pakar sebab dia ni selalu semput.

Macam-macam orang jumpa kat sana tu. Syukur anak hamba ni tidak la se serius dibandingkan dengan certain kanak- kanak yang lagi kesian lah. Ada yang sindrom down, jantung berlubang, yang nak dialisis pun ada sebab kidney rosak. Allahuakbar, setiap kali pergi HSI tu perasaan hiba plus bersyukur ada.
Moga-moga anak2 tersebut diberi kesihatan yang baik semula termasuk la anak hamba  ni.

Dijadikan cerita selepas doc tu tengok jadual kesihatan Aisy,hermmmm doc sahkan dia ada ashma. Allah....sedih ada,tak percaya pun ada. Dalam hati hanya boleh berkata apa sangat la ilmu manusia kan,mesti ada penawar juga ni. Nak sedapkan hati sendiri punya pasal.

Ni lah jadual itu

Dijadian cerita doc terangkan lah apa yang perlu parents buat setiap hari untuk mengawal ashma ni. Kebersihan,alahan,ubat-ubatan. Itulah tajuk besar yang diulang-ulang.
Selepas lecture tu doc bagi 2 jenis inhaler. Satu yang berwarna coklat untuk mengawal alahan supaya paru-paru Aisy kebal pada alahan persekitaran dan satu lagi yang berwarna biru adalah salbutamol yang akan digunakan apabila sesak nafas atau ashma menyerang.





Gambar bawah skali tuh aero chamber namanya. Kena sambung pada inhaler untuk memudahkan budak dapat gas tuh.

Sampai sekarang hamba terpikir-pikir nak bagi ka tak inhaler kaler coklat tu.

Apa2 pun skrg aisy ada improvement sebab sudah tidak sembut lagi walaupun ada batuk.

Aisy amalkan omega dan lemon tu..
0