Penipuan online

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Anda perasan tak ramai betul orang viralkan pasal penipuan bisnes online. Ada yang cakap penjual tak hantar barang la,ada yang bagi barang lain lah.
Pelik pelik...
Baru- baru ni ada 2 orang menghubungi saya melalui emel dan ayat yang digunakan adalah lebih kurang. Anda rasa? Haahaa..
Kononnya berminat dengan produk yang saya iklankan. Diorang tak sebut pun barang apa yang diorang minat pun,just cakap berminat dan berapa lama dah guna. Padahal saya tak cakap pun barang tu second hand.
Apa yang saya nak sampaikan,berhati-hati terutama berkaitan dengan akaun bank ataupun paypal. Penipu-penipu ni tengah mencari peniaga online untuk meminjam profile dan diorang akan menipu pembeli.
Trend terbaru,diorang pinjam profile peniaga dan menipu customer,terutama customer tetap. Bahaya betol. So, yang customer apabila rasa tertipu diorang akan viralkan peniaga tersebut. Nampak tak? Sedangkan peniaga pon tak tahu menahu. Dah jadi kes fitnah pulak.
Kesian kat peniaga-peniaga online. So,mari kita sama-sama berhati- hati dengan mereka ni. Just ignore customer yg suspicious ni..
Moga-moga kita terselamat daripada sebarang penipuan dan fitnah akhir zaman. Aminnn..
0