Perihal kuruskan badan

Tak terhabis cerita kurus. Bagi yang nak muntah ijau sila muntah . Cerita based on experience ni memang syok sendiri jadinya.

Orang lain selepas raya sibuk nak cari pil kurus segala ubat kurus. Saya ni bukan tak nak makan ubat kurus semua tu tapi disebabkan tengah breastfeed memang terpaksa la lupakan hajat tu. Aniq da masuk 9 bulan dan saya ni kalau boleh nak dia menyusu sampai 2 tahun. Tak mau lah jadi macam aisy minum susu formula,kesian kat Aisy. Maafkan umi nak,umi jahil masa tu. huhuhuhu...

Selepas raya tu hari tak sempat nak timbang berat badan sebab dah lama tak pegi jenjalan kat shopping mall. Kat rumah tak da penimbang pula. Nak kena beli satu ni.Nak yang digital. Cehhhh...
Bagi yang nak kuruskan badan or nak turunkan berat badan sangat-sangat digalakkan untuk menyimpan weighing scale untuk monitor berat badan. Perubahan berat badan kita dapat rasa apabila memakai seluar atau baju saiz yang sama. Contoh 6 bulan lepas anda memakai tshirt tu agak lo



Beberapa hari selepas raya tu hari saya sarung seluar jeans yang dah lama tak pakai. Tup tup bahagian pinggang and peha macam dah longgar sikit. wahhhhhh....
Padahal tak da pon buat heavy exercise ke apa.

Terfikir-fikir macam mana boleh kurus plak. Padahal raya melantak bagai nak rak.

Haa..Baru teringat rupanya sebab gula kat rumah ni dah habis. Dah lama tak minum teh ke kopi ke apalagi milo. Patut la...

Bagus sebenarnya mengurangkan pengambilan gula ni. Ada certain orang nak kurus tapi pengambilan gula dan garam tak dicontrol.

BUKAN KAH GULA MENGANDUNGI KALORI YANG TINGGI ?

So selepas ni boleh la mengurangkan pengambilan garam pula secara perlahan-lahan.
Dulu masa remaja boleh je makan kurang gula kurang garam. Agaknya pengaruh encek suami la ni.
Suka makan manis-manis.


Ok..Step drastik yang patut diambil untuk mengekalkan kekurusan yang tak berapa ni adalah:

1. Beli weighing scale- yang digital lagi bagus. Sebab lagi tepat kot.
2.Minuman berkarbonat stop
3.Minum teh or kopi sehari sekali je
4.Garam kurangkan dalam semua masakan
5. Say no to maggie ( saya je)
6.Tidur kena berkualiti ( kena telan ostematrix WAJIB)
7. Kurangkan stress- Buatlah apa-apa yang boleh menenangkan fikiran
8. Bangun awal pagi dan tidur awal pada waktu malam

Setakat tu je list.Nanti kalau ada yang lain saya update lagi..

SELAMAT BERJUANG SAHABAT




0